Posts

Showing posts with the label kemaman

11 Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Jika Berkunjung ke Kemaman, Terengganu

Image
Assalamualaikum. Post ini disediakan bagi rujukan dan panduan kepada semua pengunjung yang bercuti ke Kemaman, khususnya yang menginap di homestay kami, Casa Adelia Guesthouse. Terdapat banyak tempat menarik dan aktiviti yang anda boleh dilakukan jika berkunjung ke sini bersama ahli keluarga, yang pastinya menjanjikan 1001 kenangan yang tidak dapat dilupakan. 1. Melihat penyu di Santuari Penyu, Cherating. Di Cherating, terdapat sebuah santuari penyu yang boleh dilawati dan lokasinya terletak berhadapan Club Med Cherating. Masuk adalah secara percuma. Di sini, anda boleh membawa anak-anak kecil melihat sendiri anak-anak penyu di dalam kolam yang masih terjaga sebelum dilepaskan ke laut. Lokasinya hanyalah kira-kira 5 km dari rumah tamu kami. 2. Makan Sata dan Otak-Otak Di sekitar Geliga, Kemaman terdapat banyak kedai dan warung di sepanjang pantai yang menyediakan makanan santai seperti otak-otak, pais, pulut pangang, ikan celup tepung dan sebagainya. Salah satu...

KATA ALUAN

Image
Assalamualaikum. Kami di Casa Adelia Guesthouse sedia menerima kehadiran tetamu yang ingin bercuti ke Kemaman atau ke Cherating amnya. Terletak di Kemaman, Terengganu serta mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang sangat selesa dan bersih. Dilengkapi dengan set katil di setiap bilik, meja makan, televisyen, set sofa, peti ais, kelengkapan memasak, penyaman udara dan juga seterika untuk kemudahan tetamu yang berkunjung ke sini. Lokasinya yang strategik hanya mengambil masa kira-kira 10 minit ke pusat bandar Kemaman dan 5 minit ke pantai Cherating yang terkenal sebagai salah satu pusat peranginan di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Harga promosi hanyalah RM150/semalam sahaja. Deposit bagi lock date adalah RM50 dan baki hanya dibayar ketika check in. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, hubungi atau whatsapp NURSYA 0133548973. Jom bercuti ke Terengganu.