11 Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Jika Berkunjung ke Kemaman, Terengganu

Assalamualaikum.

Post ini disediakan bagi rujukan dan panduan kepada semua pengunjung yang bercuti ke Kemaman, khususnya yang menginap di homestay kami, Casa Adelia Guesthouse.

Terdapat banyak tempat menarik dan aktiviti yang anda boleh dilakukan jika berkunjung ke sini bersama ahli keluarga, yang pastinya menjanjikan 1001 kenangan yang tidak dapat dilupakan.

1. Melihat penyu di Santuari Penyu, Cherating.
Di Cherating, terdapat sebuah santuari penyu yang boleh dilawati dan lokasinya terletak berhadapan Club Med Cherating. Masuk adalah secara percuma. Di sini, anda boleh membawa anak-anak kecil melihat sendiri anak-anak penyu di dalam kolam yang masih terjaga sebelum dilepaskan ke laut. Lokasinya hanyalah kira-kira 5 km dari rumah tamu kami.


2. Makan Sata dan Otak-Otak
Di sekitar Geliga, Kemaman terdapat banyak kedai dan warung di sepanjang pantai yang menyediakan makanan santai seperti otak-otak, pais, pulut pangang, ikan celup tepung dan sebagainya. Salah satu kedai makan yang popular adalah Warung Aziz Sata. Sudah pasti anda tidak dapat melupakan saat-saat menikmati satar dan otak-otak di temani deruan ombak dan angin yang bertiup lembut.


3. Pantai Teluk Mak Nik @ Monica Bay
Pantai Teluk Mak Nik atau juga dikenali sebagai Monica Bay merupakan pantai rekeasi yang penuh dengan pokok-pokok Rhu yang tumbuh meninggi di atas pondok-pondok rehat di sini. Sering menjadi tempat berkelah bagi warga setempat dan pengunjung luar yang berkunjung ke sini.


4. Melawat Zoo Kemaman
Kira-kira 12 km dari rumah tamu kami, terdapat Zoo Kemaman yang boleh anda kunjungi bersama-sama anak-anak untuk melihat binatang liar seperti harimau, gajah, burung merak, buaya, orang utan dan sebagainya. Zoo ini tidaklah sebesar Zoo Kuala Lumpur, namun cukuplah untuk menceriakan anak-anak anda ketika tempoh bercuti. Selain itu juga, terdapat juga kolam besar dan gelongsor air yang disediakan untuk pengunjung mandi manda. Harga Tiket bagi kanak-kanak hanyalah RM7 dan Rm10 bagi dewasa.


5. Melihat Kelip-kelip
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti alam semulajadi, anda boleh melihat kelip-kelip di Kampung Yah-Yah di Kemaman ataupun di Sungai Cherating itu sendiri. Kedua-dua tempat ini mempunyai tarikan kelip-kelipnya yang tersendiri.


6. Sarapan pagi menu Terengganu
Terdapat banyak kedai makan dan warung yang menyediakan menu masakan Terengganu untuk anda nikmati di pagi hari. Antara menu yang popular adalah Nasi Dagang, Nasi Minyak, Nasi berlauk, kuih-muih tempatan dan banyak lagi.


7. Menonton pelumbaan MotorCross, Banana Boat dan Berkayak
Anda juga berpeluang melihat pertandingan motorcross yang terletak di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman. Anda boleh merujuk perkembangan semasa pertandingan ini di fanpage https://www.facebook.com/KEMAMAN-MOTOCROSS-KMX-24925834175…/. Selain itu juga, anda boleh melakukan banyak aktiviti menarik seperti menaiki Banana Boat, Berkayak, menaiki Motorcross dan menunggang kuda di Pantai Chendor. Apa yang menarik di sini adalah, terdapat kawasan air yang landai, dan amat sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda.


8. Pantai Kemasik
Jika anda seorang pencinta alam, tempat yang wajib anda lawati jika berkunjung ke Terengganu adalah Pantai Kemasikn. Dengan keunikan bongkah-bongkah batu yang menyerupai bukit-bukit kecil menambahkan lagi suasana keindahan. Anda juga boleh menyeberangi alur sungai berhampiran dan ketika air surut tidak menjadi masalah untuk kita melalui sungai ini dan berjalan terus ke arah bukit batu. Pantai ini juga menjadi tumpuan para photographer untuk merakam suasana matahari terbit disamping merakam panorama serta aktiviti nelayan yang pastinya menjanjikan satu kepuasan bagi anda.


9. Tasik Biru Pasir Semut, Kemaman
Tasik Biru amat sesuai bagi aktivit 'Selfie' atau fotografi tapi bukan untuk mandi. Di sini keindahan tasik dan airnya yang biru pasti tidak memerlukan lagi camera 360 untuk anda 'edit'.


10. Air Terjun Jeram Tanduk
Ia merupakan destinasi yang menarik serta terkenal dengan keindahan alam semula jadinya yang cantik dan nyaman. Terletak Air Puteh, Kemaman. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti mandi manda, berkayak, berkhemah, BBQ dan santai bersama keluarga atau rakan-rakan.


11. Shopping dan Menonton Wayang


Destinasi yang boleh anda kunjungi jika ingin membeli belah dan menonton wayang di sekitar Kemaman, sudah tentulah Mesra Mall. Di sini juga terdapat, banyak pilihan food court yang boleh anda cuba sambil menunggu ahli keluarga anda membeli belah. Terletak berhampiran Pantai Kemasik dan juga Petronas Kemasik. Selain itu juga, anda boleh melihat sendiri deretan plant minyak yang terdapat di Kerteh, Kemaman.


Comments

Popular posts from this blog

CASA ADELIA GUESTHOUSE KUANTAN, PAHANG

KATA ALUAN