Posts

Showing posts from November, 2016
Image
Assalamualaikum.. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan pengunjung yang menginap di homestay kami adalah kerana menghadiri kenduri kahwin dan juga bercuti ke sekitar pusat peranginan yang berdekatan. Selain itu juga, terdapat individu atau syarikat yang menginap di sini kerana menghadiri kursus, seminar, latihan, malahan juga menghantar anak-anak ke kolej-kolej pengajian yang berdekatan. Disini kami senaraikan antara tempat-tempat latihan dan seminar yang pernah menjadi  destinasi utama bagi para pengunjung kami serta anggaran jarak dari rumah tumpangan kami, Casa Adelia Guesthouse. 1. INTAN Wilayah Timur, Kemaman - 3 KM 2. RANACO Chukai dan Kijal, Kemaman - 4 KM/20 KM 3. Darul Iman Training Centre (DITC), Teluk Kalong, Kemaman - 19 KM 4. Kolej Kemahiran Tinggi Mara Mak Lagam, Kemaman - 3 KM 5. Suria Cherating Beach Resort - 7 KM 6. ADTEC Kemasik, Kemaman - 27 KM 7. Niosh, Taman Chukai Utama - 4 KM 8. TATI University College, Teluk Kalong Kemaman - 19 KM 9. MotorCr

11 Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Jika Berkunjung ke Kemaman, Terengganu

Image
Assalamualaikum. Post ini disediakan bagi rujukan dan panduan kepada semua pengunjung yang bercuti ke Kemaman, khususnya yang menginap di homestay kami, Casa Adelia Guesthouse. Terdapat banyak tempat menarik dan aktiviti yang anda boleh dilakukan jika berkunjung ke sini bersama ahli keluarga, yang pastinya menjanjikan 1001 kenangan yang tidak dapat dilupakan. 1. Melihat penyu di Santuari Penyu, Cherating. Di Cherating, terdapat sebuah santuari penyu yang boleh dilawati dan lokasinya terletak berhadapan Club Med Cherating. Masuk adalah secara percuma. Di sini, anda boleh membawa anak-anak kecil melihat sendiri anak-anak penyu di dalam kolam yang masih terjaga sebelum dilepaskan ke laut. Lokasinya hanyalah kira-kira 5 km dari rumah tamu kami. 2. Makan Sata dan Otak-Otak Di sekitar Geliga, Kemaman terdapat banyak kedai dan warung di sepanjang pantai yang menyediakan makanan santai seperti otak-otak, pais, pulut pangang, ikan celup tepung dan sebagainya. Salah satu