Posts

Showing posts from August, 2016

PENGENALAN

Image
Assalamualaikum.. Casa Adelia merupakan sebuah rumah tamu atau dengan kata lainnya homestay yang terletak di Taman Banggol Permai, Kemaman, Terengganu. Homestay ini merupakan sebuah rumah teres satu tingkat serta mempunya 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang sangat selesa dan cantik untuk kemudahan para tetamu yang berkunjung. Setiap bilik dilengkapi dengan set katil, meja sisi, tempat menyangkut pakaian, dan bantal yang mencukupi. Selain itu juga, homestay ini mempunyai kemudahan penyaman udara, televisyen, peti ais, dapur masak, peralatan memasak, pembakar roti, dan periuk nasi. Kami juga menyediakan seterika dan iron board bagi memudahkan tetamu yang datang tanpa perlu bersusah payah membawaya sendiri. Homestay ini terletak berhampiran dengan pintu gerbang Kemaman-Kuantan, dan Pantai Cherating. Kami turut menyediakan alat BBQ jika pengunjung ingin berkelah ke Pantai yang berhampiran. Harga yang ditawarkan untuk tempoh promosi hanyalah RM150 bagi tempoh dua hari satu malam. 

KATA ALUAN

Image
Assalamualaikum. Kami di Casa Adelia Guesthouse sedia menerima kehadiran tetamu yang ingin bercuti ke Kemaman atau ke Cherating amnya. Terletak di Kemaman, Terengganu serta mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang sangat selesa dan bersih. Dilengkapi dengan set katil di setiap bilik, meja makan, televisyen, set sofa, peti ais, kelengkapan memasak, penyaman udara dan juga seterika untuk kemudahan tetamu yang berkunjung ke sini. Lokasinya yang strategik hanya mengambil masa kira-kira 10 minit ke pusat bandar Kemaman dan 5 minit ke pantai Cherating yang terkenal sebagai salah satu pusat peranginan di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Harga promosi hanyalah RM150/semalam sahaja. Deposit bagi lock date adalah RM50 dan baki hanya dibayar ketika check in. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, hubungi atau whatsapp NURSYA 0133548973. Jom bercuti ke Terengganu.